Monday, January 4, 2010

Lumrah Dunia

Ada sebuah cerita di dalam satu kisah. Tak pastilah genre cerita ini. Hari ni dah masuk bulan Januari 2010. Dah masuk bulan kedua aku bekerja di Penco, sebuah syarikat percetakan yang agak terkenal juga di kawasan sekitar Pulau Pinang.

Terasa sunyi pula bila berjauhan dengan keluarga tersayang. Bila agaknya aku nak pulang menghabiskan masa bersama keluarga. Mungkin pada cuti panjang sempena tahun baru cina aku akan pulang. Dapatlah bersama ibu dan bapa tersayang.

Jauh di sudut hati ini timbul satu persoalan yang terungkai. Siapakah aku sekarang ni? Apakah ini balasan Tuhan terhadap dosa-dosa aku selama ini? Jika ini lah ujian dari Mu ya ALLAH, aku sebagai hamba terima seadanya.

Pernahkah kita semua menonton sebuah cerita. Di mana Ada seorang yang menjadi pemimpin atau ketua kepada sebuah organisasi. Dia sangat disayangi oleh anak buah nya (mungkin). Selama 1 tempoh yang agak lama juga dia bersama anak buahnya. Tapi sampai satu masa dia terpaksa pergi meninggalkan anak buahnya.

Dia pergi tanpa sebarang nota untuk anak buahnya. Ternyata dia sebenarnya bukan tidak mahu memberitahu anak buahnya akan pemergiannya itu. Tetapi dia lakukan ini semua kerana tidak sanggup melihat anak buahnya sedih kerana pemergiannya itu bukanlah hanya seketika. Tapi untuk suatu jangka masa yang lama.

Setelah pemergiannya anak buahnya mendapat pengganti yang baru. Mereka sudah sebati dengan pengganti yang baru itu. Tiba-tiba setelah 2 bulan pemergian dia, kini dia kembali semula untuk menemui anak buahnya. Semua ini dilakukan kerana dia rindukan anak buahnya dan sayangkan mereka.

Maka kembalilah dia, namun sekembalinya dia di tempat lama sebenarnya bukanlah membawa khabar gembira. Sebaliknya menduka larakan hatinya. Mana tidaknya, anak didik yang di jaga selama ini melayan dia seperti seorang yang sangat asing. Mungkin kerana telah lama dia meninggalkan anak buahnya kini kasih sayang terhadap dia sudah berkurangan atau mungkin sudah tiada lagi. Dia terasa seperti menagih kasih sayang anak buahnya. Namun tiada siapa yang tahu yang kehadirannya itu kerana sayangnya dia kepada anak buahnya.

Mungkin ini adalah balasan kepada dia kerana pergi tanpa memberitahu anak buahnya. Oleh kerana dia kecewa dengan sikap anak buahnya itu. Dia sangat sedih dan berasa kehadirannya untuk bersama dengan anak buahnya itu satu usaha yang sia-sia.

Mungkin dia perlu kembali ke tempat asal dia berada iaitu di tempat lain..

(Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa)