Wednesday, December 26, 2012

Teman Hidup Yang Sejati..



Inilah gambar cinta hati ku yang kini bergelar isteri ku. Susah senang kami bersama. Hari ini genap 8 bulan usia perkahwinan kami. Dalam 8 bulan yang dilalui banyak onak ranjau yang berduri yang kami hadapi bersama. Ada duka ada juga gembira. Inilah juga insan yang banyak memberi dorongan serta sokongan kepada ku. Inilah isteri pertama dan terakhir ku dan tiada yang lebih ku sayangi selain diri mu sayang..

Tuesday, February 22, 2011

23 Februari 2011

Assalamualaikum pembuka bicara..

Hari ini merupakan hari Rabu bersamaan dengan 23 Februari 2011. Bermakna hanya tinggal 5 hari sahaja lagi untuk diri ku pergi. 1 Mac 2011 merupakan titik permulaan kepada diriku. Aku akan bergelar seorang penjawat awam di bawah Kementerian Dalam Negeri pula selepas ini. Berkat doa yang tidak henti oleh kedua ibu bapa dan juga para sahabat, aku berjaya memperoleh kerja kerajaan yang aku idamkan selama ini.

Masa begitu pantas berlalu sehingga aku tidak sedar bahawa sudah hampir 6 tahun aku berada di Pulau Pinang. Tiga tahun menjadi mahasiswa dan 3 tahun aku bekerja. Namun duit simpanan masih belum mencukupi untuk membina rumah tangga bersama si dia. Di waktu ini ramai yang sibuk membuat persiapan untuk latihan asas berkenaan, termasuklah aku sendiri.

Inilah yang aku tunggu. Inilah yang aku nantikan. Ini jugalah yang aku idamkan selama 3 tahun di sini. Berkat kesabaran akhirnya ALLAH SWT telah membuka dan mengurniakan rezeki kepada ku seperti mana yang telah dijanjikan. Benar kata para sahabat ku. Sabar dan terus menanti kerana ada hikmah di sebalik tiap-tiap kejadian dan dugaan yang ALLAH SWT turunkan itu. Inilah hikmah untuk diriku. Aku bersyukur kerana mendapat kerja kerajaan yang bekal menjamin masa depan aku dan juga keluarga.

Bermulalah segala perancangan yang aku rancangan selama ini. ALLAH SWT bukan sahaja mengurniakan aku rezeki, malah aku terima seorang gadis sebagai jodoh ku. Ini yang dikatakan pakej 2 dalam 1. Walaupun aku peroleh semua yang aku mohon, tak bermakna aku boleh bangga diri dan riak. Aku ambil ini semua sebagai tanggungjawab yang besar bukan kuasa untuk aku berlagak. Aku anggap ini juga adalah ujian dari ALLAH SWT. Aku sering beringat dan senantiasa bersyukur ke hadratNya.

Buat umi dan abah yang di kasihi, anak mu berterima kasih sangat-sangat kerana melahirkan Fazli di dunia ini. Menjaga Fazli sehingga kini. Jasa bakti serta kasih sayang umi dan abah akan Fazli balas sehingga akhir hayat Fazli. Terima kasih juga kerana berdoa dan terus berdoa untuk kejayaan anak-anak mu. InsyaALLAH jika ada rezeki kita laksanakan rukun ISLAM yang ke 5.

Kepada para sabahat yang pernah aku lukai, gurisi, kutuk, maki, marah dan sebagainya ku mohon jutaan kemaafan kepada kalian. Iringan doa kalian menambahkan lagi keberkatan ke atas diriku. InysaALLAH, nama anda semua dan kenangan selama kita bersama akan ku simpan di dalam album kenang-kenangan yang tersemat di dalam hati ku ini.

Buat Syedatul Salmah, terima kasih kerana sudi mengenali dan dikenali. Terima kasih kerana sudi mencurahkan kasih sayang sebagai seorang kekasih dan hadir dalam diri ku tatkala aku memerlukan seorang bidadari yang boleh manjaga ku dan zuriatku. Sokongan ayang, abang hargai. Nasihat ayang abang cuba terima. Teguran ayang akan abang jadikan pedoman. Tak lama lagi kita akan bertunang. Selamat bertunang, jagalah maruah diri dan keluarga. Andai terjadinya sesuatu yang tidak baik, anggaplah ia sebagai ujian dan dugaan dari yang Esa.

1 Mac 2011 nanti aku akan bersara dan ditamatkan perkhidmatan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM dan bermulalah kerjaya ku sebagai Pelatih Inspektor Polis Diraja Malaysia. Latihan yang akan aku jalani bertempat di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) Jalan Semarak. Latihan disana akan aku harungi bersama teman-teman baru selama 9 bulan. Doakanlah aku selamat, tabah, kuat dan berjaya mengharungi cabaran ini nanti.

Kepada anak-anak buah ku PALAPES LAUT USM, saya sayang anda semua. Jaga diri baik-baik, belajar rajin-rajin, berdoa, tinggalkan perkara yang lagha dan jangan tinggal solat. Ingatlah jasa ibu dan bapa serta pengorbanan mereka selama mana anda wujud di dunia ini.

Sekian,

Lt M (B) Meor Ahmad Fazli Azwan bin Tupandi PSSTLDM
PIT Meor Ahmad Fazli Azwan bin Tupandi PDRM

Wednesday, November 24, 2010

22 November 2010

Pada tanggal 22 November 2010 yang lalu aku dikejutkan dengan satu kejadian yang melibatkan diri ku dengan dia..

Ceritanya bermula dengan 1 sms yang aku hantar kepada dia bertanyakan bila naik bas dan bas bergerak jam berapa. Tetapi dia hanya membalas dengan bertanyakan kepada ku bagaimana aku tahu bahawa dia akan pulang ke Pulau Pinang? Setelah menerima sms itu dia terus diam tanpa mengirim sms kepada ku. Sms yang terakhir aku terima darinya adalah pada jam 3.30 petang tarikh itu.

Apabila jam menunjukkan pukul 5.30 petang aku pun bergegas pulang dari tempat kerja. Di dalam hati aku terasa sesuatu yang tidak kena dengan dia. Mengapa dia tidak memberitahu aku dia sudah menaiki bas dan sudah sampai ke Pulau Pinang.

Malam kejadian aku berasa sangat tidak selesa. Jantung aku berdegup laju dan aku merasakan dia dalam bahaya. Aku pun menelefon rakan dia dari Rawang. Rakan dia mengatakan dia telah sampai di Pulau Pinang maghrib tadi lagi. Tapi bila aku tanyakan rakannya yang tinggal dengannya, mereka mengatakan dia belum sampai lagi. Lalu aku menelefon seorang rakan dia yang berada di IPTA. Namun rakannya yang ini juga mengatakan dia tiada bersama. Aku terus menelefon rakan lelaki yang rapat dengannya. Malangnya aku memperoleh jawapan yang sama.

Akhirnya segala kebuntuan terjawab apabila rakan karibnye yang tinggal di Penaga berjaya menelefonnya dan dia menjawab panggilan tersebut. Rakannya itu mengatakan dia selamat dan berada di lua bersama rakan-rakan dia menjamu selera. Tapi aku mula sangsi kerana semua rakan yang telah aku hubungi tidak bersama dengan dia. Jadi dengan siapakah dia telah keluar makan malam?

Gadis ini cukup misteri. Tak mengapalah, kerana aku sedar apa hubungan aku dengan dia. Jadi terpulang kepada dia untuk keluar dan berkawan dengan sesiapa pun. Asalkan dia telah selamat pulang ke kediamannya.

Pesanan kepada yang membaca terutama kaum hawa. Jika anda baru mengenali rakan itu barang sebulan lebih dan tidak sampai bertahun, janganlah keluar berdua dengannya kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita kelak. Berhati-hati dan beritahulah ibu bapa tentang pergerakan anda walaupun hanya beberapa langkah. Kerana dengan cara ini sahaja anda dapat di ketahui lokasi anda berada.

Monday, October 25, 2010

25 Oktober 2010

Hari ini hari isnin, maka semua yang aktiviti bermula pada hari ini..Termasuk juga aku, mula bekerja setelah seharian berehat di rumah.

Rutin harian aku seperti biasa. Akan tetapi malam tadi aku rasa sukar untuk melelapkan mata. Padahal pada masa tu memang aku rasa sangat mengantuk. Tetapi setelah ku pujuk mata ini akhir tertutup juga..Bangun subuh aku lakukan apa yang patut aku lakukan as muslim. Kemudian aku mentelaah sedikit berita pada hari ini dan juga sedikit sebanyak info mengenai PDRM.

Semakin hari semakin hampir aku dengan hari itu..Rasa berdebar-debar pula hati ni. Setelah alarm di telefon bimbit ku berbunyi maka masa untuk mandi telah tiba. Aku pun mandi dan persiapkan diri untuk mencari sesuap nasi. Oleh kerana motor aku terpaksa di tinggalkan di bengkel. Jadi pagi ini aku ke tempat kerja dengan menaiki motor milik bengkel berkenaan.

Setibanya di tempat kerja aku duduk di meja ku. Macam biasa. Aku ni pekerja yang degil. Aku on PC aku tak terus buat kerja. Aku melayari internet dulu..Maklumlah kat rumah tak sarapan. Jadi itu lah sarapan pagi aku. Diam tak diam jam menunjukkan jam 10 pagi. Telefon bimbit bergetar menandakan ada panggilan. Tidak ku sangka ianya panggilan dari si dia. Tersenyum lebar ak di buatnya.

Aku ingatkan ada perkara yang menarik, rupa-rupanya dia kata dia di bengkel kereta. Ekzos kereta kelisa aku patah. Jadi dia tanya aku samada nak ganti ataupun tunggu sehingga sampai di Penang. Sebab kawan aku pernah mengalami benda yang sama dia pun syorkan aku untuk baiki ekzos tu kat Penang. Balik sahaja kerja aku tunggu si dia dan kawan aku kt Restoran Pelita Nasi Kandar.

Masa tu Ifa Raziah pun ada. hehe. Lepas dah minum-minum kami pun pergilah ke Tempat yang kawan aku kata tu. Memang murah berbanding di Perak. Sebab murah aku pun berani la baiki. Nasib baik tak cecah RM100.

Aku pun bayar dan terus balik ke rumah. Balik je aku terus ke kedai motor. Aku nak tengok keadaan motor aku. Sekali kedai tu dah tutup. Esok je lah aku tengok. Mungkin tak siap lagi motor tu. Sekarang ni mata pun dah kuyu rasa nak tidur tapi perut pula berbunyi-bunyi. Tak ada siapa ke yang nak belanja aku..Bukan apa elaun dah masuk tu je..hehe. Bernafas la sedikit aku sementara nak tunggu gaji masuk hujung minggu ini.

Apa-apa pun aku rasa seronok dapat jumpa dengan si dia. Kerana dia tetap kukuh dan tersergam indah di sanubari ku.. Dia lah ratu sanubari ku...

Saturday, October 23, 2010

24 Oktober 2010

Hari ni hari minggu. Aku cuti tidak bekerja.begitu juga dengan para pekerja yang lain..Tapi hari ni adalah hari ahad yang boleh dikatakan sunyi juga la.

Bangun pagi housemate dah bersiap nak pergi meeting.Aku je yang stay kt umah. Sesuai la dengan tagline saya sayang umah saya. Aktiviti aku adalah basuh baju yang dah seminggu tak di basuh. Kemudian study untuk interview next month.

Tiba-tiba masa tengah study ada plak mesej dari seorang bidadari ajak aku sarapan pagi. Aku sekarang ni kalau ade je org nak belanja jarang aku tolak. Di mana ade makanan dan jamuan di situ ade aku sebagai pemakan.hehehe. Sarapan pagi di restoran Subaidah dengan dia. Aku punya menu macam biasa telur separuh masak 2 biji roti kosong 2 keping dan teh tarik tidak lupa air suam. Makan banyak ni je dah cukup untuk memberikan tenaga. Tapi sekarang ni rasa mengantuk plak. Nak je tidur. Hehehe, dengan suasana sunyi ni..

Lepas ni aktiviti aku tidur sampai la aku dengar azan zohor. Pas tu Solat zohor then study. Aku mohon kepada sesiapa yag membaca blog yang sepi ini agar mendiakan aku lulus dan dipermudahkan dalam temuduga yang bakal aku tempohi bulan hadapan.

Jumpa nanti la plak ye.. Tidur dlu ..

Wednesday, October 20, 2010

20 Oktober 2010

Harini 20 Oktober 2010.. Ramai yang kata tarikh ni cantik sebab jika di amati baik-baik dan di tulis begini 20102010 sangat unik. Bukan senang jumpa tarikh macam ni. Tapi ini hanya tarikh masihi.

Hari ini seperti biasa, bangun tidur solat subuh, mentelaah seketika sambil membaca berita online. Semakin hari hati aku semakin tak tenang kerana merasakan persiapan untuk aku hadapi sesuatu yang besar dalam hidup aku masih di tahap yang tidak memuaskan. Aku cuba untuk mencari ketenangan dan perlahan-lahan menghafal perkara-perkara penting untuk di bawa sebagai bekalan untuk event itu nanti.

Hari ini dah 20 hari berada di bulan 10, hanya tinggal tak kurang daripada 12 hari sahaja lagi untuk aku hadapi benda tu. Ramai kawan-kawan dan rakan-rakan aku tanya tips dan juga soalan spot yang selalu di tanya. Aku juga bertanyakan bagaimana cara untuk menjawab yang terbaik bagi menyelamatkan diri dalam satu-satu situasi.

Alhamdulillah Aku dapat petua dan banyak soalan yang berkemungkinan di tanya. Syukur ada insan yang mahu berkongsi dengan aku.

Hari ni balik dari kerja aku pergi latihan PSSTLDM. Sepanjang aku hadir aku hanya menyiapkan arahan pentadbiran bagi ACT kadet dan juga perkhemahan yang bakal diadakan disember ini.

Walaupun hati tak tenang tetapi aku tidak sabar untuk memulakan karier sebagai seorang pegawai di dalam badan beruniform yang paling gah di Malaysia. Aku berdoa dan memohon dari Tuhan yang maha Agung agar memberi peluang ke atas diri ku untuk lulus dan menabur bakti dan jasa demi agama tanah air dan bangsa..

InsyaALLAH, jika lulus sahaja temuduga tu nanti aku berniat untuk masuk meminang seorang gadis yang cukup aku sayangi dan tak pernah lekang kasih sayang ku terhadap dirinya.

Aku akan lakukan yang terbaik demi masa depan ku...

Monday, October 18, 2010

18 Oktober 2010

Hari ini merupakan hari permulaan untuk minggu ke 3 pada bulan oktober. Diam tak diam dah tinggal lagi satu minggu sahaja untuk memasuki bulan november. Syukur tuhan masih mengurniakan aku nikmat untuk bernafas lagi di muka bumi ini.

Hari ni aku bekerja seperti biasa. Datang kerja pada hari ni menaiki kereta. Selalunya aku menaiki motosikal sahaja. Tetapi hari ini aku hendak menjemput seseorang yang sangat istimewa selepas ibu bapa ku dan adik beradik ku. Siapakah dia gerangan si gadis berbaju purple gelap dan berseluar jeans semasa aku tiba di stesen bas Butterworth untuk menjemputnya.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya aku pada dia. Tetapi aku hanya berlaku selamba kerana tidak mahu dia mengesyaki apa-apa. Selepas aku menjemput dia, aku terdetik untuk membawa dan menunjukkan dia tempat di mana aku bekerja. Aku tunjukkan kepada dia. Dia tak pula berkata apa-apa.

Setelah aku tunjukkan dia pejabat tempat ku bekerja kami pun menuju ke USM untuk menunaikan solat maghrib. Selesai solat aku bersama Nabila dan dua orang cucu kesayangan ku iaitu puteri aida dan azieyan keluar makan malam. Destinasi kami adalah restoran makanan laut Hammer Bay.

Sambil kami makan sambil bercerita kerana sudah agak lama tidak meluangkan masa untuk semua ini. Jadi aku gunakan masa ini sebaiknya. Selepas makan kami pergi ke Tesco Extra membeli sesuatu.

Selesai membeli barang dan aku memotong tali jam tangan kami, tibalah masa untuk kami pulang ke kediaman masing-masing. Setelah menghantar kedua-dua cucu ku , aku bersama si dia ke KDSP. Esok dia akan memulakan tugasnya sebagai pegawai yang menjalanii latihan Lanjutan. Aku pula bekerja seperti biasa. Di dalam perjalanan sempat aku ucapkan sendiri selamat hari lahir dan memesan beberapa perkara kepada dia sepanjang dia berada di sini.

Bila bertemu dia aku rasakan satu semangat yang dulunya hilang tiba-tiba muncul. Aku sudah nekad untuk mempersiapkan diri aku untuk menghadapi temuduga RMP. Aku berharap tuhan yang Maha Kaya lagi Agung kabul dan perkenankan doa aku dan dia. Semoga aku lulus dalam temuduga itu nanti.

Pesanan mu takkan ku lupakan sehingga ke akhir hayat ku..

Terima Kasih Puteri, Azieyan dan Awak...