Wednesday, November 24, 2010

22 November 2010

Pada tanggal 22 November 2010 yang lalu aku dikejutkan dengan satu kejadian yang melibatkan diri ku dengan dia..

Ceritanya bermula dengan 1 sms yang aku hantar kepada dia bertanyakan bila naik bas dan bas bergerak jam berapa. Tetapi dia hanya membalas dengan bertanyakan kepada ku bagaimana aku tahu bahawa dia akan pulang ke Pulau Pinang? Setelah menerima sms itu dia terus diam tanpa mengirim sms kepada ku. Sms yang terakhir aku terima darinya adalah pada jam 3.30 petang tarikh itu.

Apabila jam menunjukkan pukul 5.30 petang aku pun bergegas pulang dari tempat kerja. Di dalam hati aku terasa sesuatu yang tidak kena dengan dia. Mengapa dia tidak memberitahu aku dia sudah menaiki bas dan sudah sampai ke Pulau Pinang.

Malam kejadian aku berasa sangat tidak selesa. Jantung aku berdegup laju dan aku merasakan dia dalam bahaya. Aku pun menelefon rakan dia dari Rawang. Rakan dia mengatakan dia telah sampai di Pulau Pinang maghrib tadi lagi. Tapi bila aku tanyakan rakannya yang tinggal dengannya, mereka mengatakan dia belum sampai lagi. Lalu aku menelefon seorang rakan dia yang berada di IPTA. Namun rakannya yang ini juga mengatakan dia tiada bersama. Aku terus menelefon rakan lelaki yang rapat dengannya. Malangnya aku memperoleh jawapan yang sama.

Akhirnya segala kebuntuan terjawab apabila rakan karibnye yang tinggal di Penaga berjaya menelefonnya dan dia menjawab panggilan tersebut. Rakannya itu mengatakan dia selamat dan berada di lua bersama rakan-rakan dia menjamu selera. Tapi aku mula sangsi kerana semua rakan yang telah aku hubungi tidak bersama dengan dia. Jadi dengan siapakah dia telah keluar makan malam?

Gadis ini cukup misteri. Tak mengapalah, kerana aku sedar apa hubungan aku dengan dia. Jadi terpulang kepada dia untuk keluar dan berkawan dengan sesiapa pun. Asalkan dia telah selamat pulang ke kediamannya.

Pesanan kepada yang membaca terutama kaum hawa. Jika anda baru mengenali rakan itu barang sebulan lebih dan tidak sampai bertahun, janganlah keluar berdua dengannya kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita kelak. Berhati-hati dan beritahulah ibu bapa tentang pergerakan anda walaupun hanya beberapa langkah. Kerana dengan cara ini sahaja anda dapat di ketahui lokasi anda berada.

No comments: