Tuesday, February 23, 2010

Usia = Masa...

Usia adalah umpama alat untuk mengukur darjah keupayaan serta kecergasan dan kematangan seseorang yang bergelar manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Manakala masa pula, adalah penentu hari yang mendatang.

Sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini. Kita sering menggunakan masa untuk aktiviti seharian. Untuk menunaikan solat 5 waktu kita perlukan masa. Kalau tidak bagaimana hendak tahu masuknya waktu solat. Pergi kelas, kerja, mandi, membasuh, membuang, dating, makan dan sebagainya juga perlukan masa.

Sebab itulah di zaman serba moden dan maju kini, hampir semua orang memakai jam tangan, menggunakan jam pada telefon bimbit bagi mengtahui masa. Jika dikaitkan dengan peribahasa melayu, usia dan masa ini samalah seperti isi dengan kuku, aur dengan tebing.

Hari ini masa berputar dan berlalu sangat pantas cepat dan laju tanpa kita sedari. Apabila masa bergerak pantas dan laju maka, usia juga sama meningkat. Keupayaan semakin berkurangan. Daya ingatan menjadi luntur.

Hari ada 7. Bulan ada 12. Tahun sahaja yang tak tahu ada berapa. Bagi mereka yang masih rasakan masa berlalu seperti biasa bangunlah.

Usia dan masa kawan karib. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Tidak pernah masa dan usia menunggu kita. Yang menunggu kita adalah ajal dan maut, liang lahat, hari kiamat.

Hari ini bangga kerana usia masih muda. Jangan terlalu ego dan cepat merasa bangga. Usia muda harus dinikmati kerana bila hari tua sudah tiada masa untuk bersukaria (kata orang muda zaman 2010). Usia muda ni lah kamu perlu beribadat kerana tubuh badan masih tegap, kuat dan cergas(itu kata alim ulama). Anda di dalam golongan yang mana? Tepuk dada tanyalah hati.

Renungkanlah bersama agar kita semua sentiasa beringat.
(Hidup perlu ingat Tuhan, kena selalu beringat, selalulah ingat mengingat)