Wednesday, November 24, 2010

22 November 2010

Pada tanggal 22 November 2010 yang lalu aku dikejutkan dengan satu kejadian yang melibatkan diri ku dengan dia..

Ceritanya bermula dengan 1 sms yang aku hantar kepada dia bertanyakan bila naik bas dan bas bergerak jam berapa. Tetapi dia hanya membalas dengan bertanyakan kepada ku bagaimana aku tahu bahawa dia akan pulang ke Pulau Pinang? Setelah menerima sms itu dia terus diam tanpa mengirim sms kepada ku. Sms yang terakhir aku terima darinya adalah pada jam 3.30 petang tarikh itu.

Apabila jam menunjukkan pukul 5.30 petang aku pun bergegas pulang dari tempat kerja. Di dalam hati aku terasa sesuatu yang tidak kena dengan dia. Mengapa dia tidak memberitahu aku dia sudah menaiki bas dan sudah sampai ke Pulau Pinang.

Malam kejadian aku berasa sangat tidak selesa. Jantung aku berdegup laju dan aku merasakan dia dalam bahaya. Aku pun menelefon rakan dia dari Rawang. Rakan dia mengatakan dia telah sampai di Pulau Pinang maghrib tadi lagi. Tapi bila aku tanyakan rakannya yang tinggal dengannya, mereka mengatakan dia belum sampai lagi. Lalu aku menelefon seorang rakan dia yang berada di IPTA. Namun rakannya yang ini juga mengatakan dia tiada bersama. Aku terus menelefon rakan lelaki yang rapat dengannya. Malangnya aku memperoleh jawapan yang sama.

Akhirnya segala kebuntuan terjawab apabila rakan karibnye yang tinggal di Penaga berjaya menelefonnya dan dia menjawab panggilan tersebut. Rakannya itu mengatakan dia selamat dan berada di lua bersama rakan-rakan dia menjamu selera. Tapi aku mula sangsi kerana semua rakan yang telah aku hubungi tidak bersama dengan dia. Jadi dengan siapakah dia telah keluar makan malam?

Gadis ini cukup misteri. Tak mengapalah, kerana aku sedar apa hubungan aku dengan dia. Jadi terpulang kepada dia untuk keluar dan berkawan dengan sesiapa pun. Asalkan dia telah selamat pulang ke kediamannya.

Pesanan kepada yang membaca terutama kaum hawa. Jika anda baru mengenali rakan itu barang sebulan lebih dan tidak sampai bertahun, janganlah keluar berdua dengannya kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita kelak. Berhati-hati dan beritahulah ibu bapa tentang pergerakan anda walaupun hanya beberapa langkah. Kerana dengan cara ini sahaja anda dapat di ketahui lokasi anda berada.

Monday, October 25, 2010

25 Oktober 2010

Hari ini hari isnin, maka semua yang aktiviti bermula pada hari ini..Termasuk juga aku, mula bekerja setelah seharian berehat di rumah.

Rutin harian aku seperti biasa. Akan tetapi malam tadi aku rasa sukar untuk melelapkan mata. Padahal pada masa tu memang aku rasa sangat mengantuk. Tetapi setelah ku pujuk mata ini akhir tertutup juga..Bangun subuh aku lakukan apa yang patut aku lakukan as muslim. Kemudian aku mentelaah sedikit berita pada hari ini dan juga sedikit sebanyak info mengenai PDRM.

Semakin hari semakin hampir aku dengan hari itu..Rasa berdebar-debar pula hati ni. Setelah alarm di telefon bimbit ku berbunyi maka masa untuk mandi telah tiba. Aku pun mandi dan persiapkan diri untuk mencari sesuap nasi. Oleh kerana motor aku terpaksa di tinggalkan di bengkel. Jadi pagi ini aku ke tempat kerja dengan menaiki motor milik bengkel berkenaan.

Setibanya di tempat kerja aku duduk di meja ku. Macam biasa. Aku ni pekerja yang degil. Aku on PC aku tak terus buat kerja. Aku melayari internet dulu..Maklumlah kat rumah tak sarapan. Jadi itu lah sarapan pagi aku. Diam tak diam jam menunjukkan jam 10 pagi. Telefon bimbit bergetar menandakan ada panggilan. Tidak ku sangka ianya panggilan dari si dia. Tersenyum lebar ak di buatnya.

Aku ingatkan ada perkara yang menarik, rupa-rupanya dia kata dia di bengkel kereta. Ekzos kereta kelisa aku patah. Jadi dia tanya aku samada nak ganti ataupun tunggu sehingga sampai di Penang. Sebab kawan aku pernah mengalami benda yang sama dia pun syorkan aku untuk baiki ekzos tu kat Penang. Balik sahaja kerja aku tunggu si dia dan kawan aku kt Restoran Pelita Nasi Kandar.

Masa tu Ifa Raziah pun ada. hehe. Lepas dah minum-minum kami pun pergilah ke Tempat yang kawan aku kata tu. Memang murah berbanding di Perak. Sebab murah aku pun berani la baiki. Nasib baik tak cecah RM100.

Aku pun bayar dan terus balik ke rumah. Balik je aku terus ke kedai motor. Aku nak tengok keadaan motor aku. Sekali kedai tu dah tutup. Esok je lah aku tengok. Mungkin tak siap lagi motor tu. Sekarang ni mata pun dah kuyu rasa nak tidur tapi perut pula berbunyi-bunyi. Tak ada siapa ke yang nak belanja aku..Bukan apa elaun dah masuk tu je..hehe. Bernafas la sedikit aku sementara nak tunggu gaji masuk hujung minggu ini.

Apa-apa pun aku rasa seronok dapat jumpa dengan si dia. Kerana dia tetap kukuh dan tersergam indah di sanubari ku.. Dia lah ratu sanubari ku...

Saturday, October 23, 2010

24 Oktober 2010

Hari ni hari minggu. Aku cuti tidak bekerja.begitu juga dengan para pekerja yang lain..Tapi hari ni adalah hari ahad yang boleh dikatakan sunyi juga la.

Bangun pagi housemate dah bersiap nak pergi meeting.Aku je yang stay kt umah. Sesuai la dengan tagline saya sayang umah saya. Aktiviti aku adalah basuh baju yang dah seminggu tak di basuh. Kemudian study untuk interview next month.

Tiba-tiba masa tengah study ada plak mesej dari seorang bidadari ajak aku sarapan pagi. Aku sekarang ni kalau ade je org nak belanja jarang aku tolak. Di mana ade makanan dan jamuan di situ ade aku sebagai pemakan.hehehe. Sarapan pagi di restoran Subaidah dengan dia. Aku punya menu macam biasa telur separuh masak 2 biji roti kosong 2 keping dan teh tarik tidak lupa air suam. Makan banyak ni je dah cukup untuk memberikan tenaga. Tapi sekarang ni rasa mengantuk plak. Nak je tidur. Hehehe, dengan suasana sunyi ni..

Lepas ni aktiviti aku tidur sampai la aku dengar azan zohor. Pas tu Solat zohor then study. Aku mohon kepada sesiapa yag membaca blog yang sepi ini agar mendiakan aku lulus dan dipermudahkan dalam temuduga yang bakal aku tempohi bulan hadapan.

Jumpa nanti la plak ye.. Tidur dlu ..

Wednesday, October 20, 2010

20 Oktober 2010

Harini 20 Oktober 2010.. Ramai yang kata tarikh ni cantik sebab jika di amati baik-baik dan di tulis begini 20102010 sangat unik. Bukan senang jumpa tarikh macam ni. Tapi ini hanya tarikh masihi.

Hari ini seperti biasa, bangun tidur solat subuh, mentelaah seketika sambil membaca berita online. Semakin hari hati aku semakin tak tenang kerana merasakan persiapan untuk aku hadapi sesuatu yang besar dalam hidup aku masih di tahap yang tidak memuaskan. Aku cuba untuk mencari ketenangan dan perlahan-lahan menghafal perkara-perkara penting untuk di bawa sebagai bekalan untuk event itu nanti.

Hari ini dah 20 hari berada di bulan 10, hanya tinggal tak kurang daripada 12 hari sahaja lagi untuk aku hadapi benda tu. Ramai kawan-kawan dan rakan-rakan aku tanya tips dan juga soalan spot yang selalu di tanya. Aku juga bertanyakan bagaimana cara untuk menjawab yang terbaik bagi menyelamatkan diri dalam satu-satu situasi.

Alhamdulillah Aku dapat petua dan banyak soalan yang berkemungkinan di tanya. Syukur ada insan yang mahu berkongsi dengan aku.

Hari ni balik dari kerja aku pergi latihan PSSTLDM. Sepanjang aku hadir aku hanya menyiapkan arahan pentadbiran bagi ACT kadet dan juga perkhemahan yang bakal diadakan disember ini.

Walaupun hati tak tenang tetapi aku tidak sabar untuk memulakan karier sebagai seorang pegawai di dalam badan beruniform yang paling gah di Malaysia. Aku berdoa dan memohon dari Tuhan yang maha Agung agar memberi peluang ke atas diri ku untuk lulus dan menabur bakti dan jasa demi agama tanah air dan bangsa..

InsyaALLAH, jika lulus sahaja temuduga tu nanti aku berniat untuk masuk meminang seorang gadis yang cukup aku sayangi dan tak pernah lekang kasih sayang ku terhadap dirinya.

Aku akan lakukan yang terbaik demi masa depan ku...

Monday, October 18, 2010

18 Oktober 2010

Hari ini merupakan hari permulaan untuk minggu ke 3 pada bulan oktober. Diam tak diam dah tinggal lagi satu minggu sahaja untuk memasuki bulan november. Syukur tuhan masih mengurniakan aku nikmat untuk bernafas lagi di muka bumi ini.

Hari ni aku bekerja seperti biasa. Datang kerja pada hari ni menaiki kereta. Selalunya aku menaiki motosikal sahaja. Tetapi hari ini aku hendak menjemput seseorang yang sangat istimewa selepas ibu bapa ku dan adik beradik ku. Siapakah dia gerangan si gadis berbaju purple gelap dan berseluar jeans semasa aku tiba di stesen bas Butterworth untuk menjemputnya.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya aku pada dia. Tetapi aku hanya berlaku selamba kerana tidak mahu dia mengesyaki apa-apa. Selepas aku menjemput dia, aku terdetik untuk membawa dan menunjukkan dia tempat di mana aku bekerja. Aku tunjukkan kepada dia. Dia tak pula berkata apa-apa.

Setelah aku tunjukkan dia pejabat tempat ku bekerja kami pun menuju ke USM untuk menunaikan solat maghrib. Selesai solat aku bersama Nabila dan dua orang cucu kesayangan ku iaitu puteri aida dan azieyan keluar makan malam. Destinasi kami adalah restoran makanan laut Hammer Bay.

Sambil kami makan sambil bercerita kerana sudah agak lama tidak meluangkan masa untuk semua ini. Jadi aku gunakan masa ini sebaiknya. Selepas makan kami pergi ke Tesco Extra membeli sesuatu.

Selesai membeli barang dan aku memotong tali jam tangan kami, tibalah masa untuk kami pulang ke kediaman masing-masing. Setelah menghantar kedua-dua cucu ku , aku bersama si dia ke KDSP. Esok dia akan memulakan tugasnya sebagai pegawai yang menjalanii latihan Lanjutan. Aku pula bekerja seperti biasa. Di dalam perjalanan sempat aku ucapkan sendiri selamat hari lahir dan memesan beberapa perkara kepada dia sepanjang dia berada di sini.

Bila bertemu dia aku rasakan satu semangat yang dulunya hilang tiba-tiba muncul. Aku sudah nekad untuk mempersiapkan diri aku untuk menghadapi temuduga RMP. Aku berharap tuhan yang Maha Kaya lagi Agung kabul dan perkenankan doa aku dan dia. Semoga aku lulus dalam temuduga itu nanti.

Pesanan mu takkan ku lupakan sehingga ke akhir hayat ku..

Terima Kasih Puteri, Azieyan dan Awak...

Sunday, October 17, 2010

17 Oktober 2010

Hari ni 17 Oktober 2010 bersamaan dengan hari ahad..hari dimana semua orang yang bekerja berehat-rehat di rumah bersama keluarga tersayang..begitu juga dengan diriku..

Aktiviti hari ini simple sahaja..pagi selepas bangun menunaikan solat fardhu subuh aku mentelaah seketika berita harian online..baca tentang isu-isu semasa pada hari ini..selepas tu macam biasa senaman sikit..kemudian persiapkan diri untuk mandi dan sebagainya..aktiviti yang tidak dirancang adalah pergi ke ropewalk.. pergi ke ropewalk bersama adik angkat aku..cadangan nya nak berjalan sahaja..tapi di sebabkan di sana harga barangan yang dijual murah..jadi rambang mata dibuatnya..

banyak juga yang aku beli..lepas pergi ropewalk aku pergi pula ke perangin mall..jalan-jalan di sana pula..kemudian pulang mencari makanan tengah hari..sepatutnya harini aku pergi ke rumah junior di taiping..tapi memandangkan mata dah letih dan mengantuk aku batalkan hasrat untuk kesana ..lagipun dana untuk ke sana tidak mencukupi..huhu..

balik rumah aku baca berita mengenai polis kemudian terlelap sehingga la jam 5 petang..itupun terjaga sebab rakan serumah aku pulang dari tempat kerjanya..lepas dari tu terus tak boleh nak tidur dah..

Tetapi dalam kesibukan hari ini terselit suatu yang menggembirakan hati aku..di mana gadis yang aku sayang akan datang ke Pulau Pinang..seronok tak terhingga aku rasa..lepas ni dapat la keluar dan habiskan banyak masa untuk menemani dia..syukur kepada tuhan kerana mempertemukan aku dengan dia buat kali kedua..kali ini aku berjanji akan menjaga dan mengambil hati dia dan melayani dia sebaik mungkin..

Tak sabar nak menanti hari esok kerana dia akan tiba pada esok hari..semoga dia selamat sampai dan terbuka pintu hati dan di lembutkan hatinya untuk menerima aku kembali..

Esok kerja lagi seperti biasa..lagi 7 hari nak dapat duit..syukur Alhamdulillah..

Thursday, October 14, 2010

14 Oktober 2010

Hari ni merupakan hari khamis. Aku dah dapat merungkai segala ketidakjujuran seseorang insan. Tapi sangat malang kerana orang itu tidak mahu mengaku sendiri di hadapan ku akan kesalahan yang beliau lakukan itu.Memang jika mengaku secara negatifnya orang itu akan dimarahi.Tetapi manakah yang lebih elok samada dimarahi atau merahsiakan sahaja perkara itu..

Sedangkan orang yang di tipunya itu sudah mengetahui hampir 80% taktik dan modus operandi yang beliau gunakan. Tuhan suka dan manusia akan suka pada orang yang jujur dan sedar akan kesalahan yang dilakukan.Jika dimarahi pun bukanlah orang itu akan marah selama-lamanya.Tetapi kemarahan itu kadang-kala boleh bertukar menjadi dendam kesumat seandainya orang yang menipu dan mengkhianat itu kantoi di depan mata.

Peribahasa melayu pernah mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.Jika kita jujur orang akan memaafkan kita.Tetapi jika sebaliknya kita akn dicemuh masyarakat dan orang sekeliling.Sehingga boleh menyebabkan kehilangan kawan, sahabat dan ahli keluarga.

MEngapa perlu takut untuk menceritakan kebenaran?Ingatlah walaupun manusia tidak nampak tetapi ALLAH SWT Maha Mengetahui segala-galanya..

Semoga ALLAH tunjukkan pada ku kebenaran yang hakiki dan buka pintu hati orang itu supaya jujur kepada semua pihak.

Tuesday, October 12, 2010

12 Oktober 2010

Pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bulan Oktober dan Zulkaedah..Dah lama juga tak menaip blog ni..Tapi bukan ade orang yang baca pun..

Hari ni aku mulakan hari ku dengan tekad dan azam baru..Jika dulu aku bangun solat subuh lepas tu tidur semula..Tapi hari ni aku terus berjaga..Semak laman sesawang Facebook sekejap, kemudian aku buka berita harian..Berita tentang kemalangan ngeri pada 10/10/2010 adalah berita paling hangat dan banyak..Sedih dan takut melihat gambar mayat dan apa yang diceritakan oleh mangsa-mangsa yang terselamat..Mujur aku tak berada di tempat kejadian..Syukur Alhamdulillah..

Kemudian dah baca berita, aku menelaah sedikit isu semasa tentang negara kita..Kemudian tengok juga maklumat tentang polis..Bila di kira-kira dah tinggal sebulan sahaja lagi masa untuk membuat persiapan..Rasanya masih belum lengkap lagi ilmu dan segala persiapan untuk menghadiri temuduga..

Tepat jam 7.30 pagi aku perlengkapkan diri mandi dan sebagainya untuk ke tempat kerja..Rutin yang hampir setahun aku lakukan tanpa jemu..Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa tidak lama..Dalam 15 ke 20 minit sampailah..

Sampai tempat kerja punch card kemudian buat lah apa yang patut..Sapu sampah tak lah, sebab kt pejabat tu ade maid yang akan sapu dan mop lantai..Aku on pc aku then klik lah mana-mana program design yang selalu aku guna untuk buat kerja..

Tapi pagi ni tak ada job..Oleh itu, aku pun buka lah FB..Chating dan komen FB orang lain..Tu rutin biasa bagi aku..Walupun orang lama kata jangan online selalu sangat..Tapi pada aku aslkan kerja aku siap dan sempurna tiada masalah..

Begitulah hari ini yang aku lalui..tengahari rehat makan dan solat..Masuk pejabat online lagi..sebab hari ni bos besar tiada..Bila ada job siapkan kerja kemudian sambung FB lagi..Cukup masa jam 5.30 petang..Aku pun balik lah..Duduk lama-lama pun bukan ada kerja..

Petang sampai rumah solat pastu bersenam..Ni la kerja aku..Mungkin ini lah faktor berat semakin meningkat..Syukur Alhamdulillah..Hari ni memang seronok lah..

Tapi masa chat tadi kesian kaat member sekolah aku..dia perempuan..dah ade orang masuk meminang...tapi sayang sekarang ni lelaki tu buat tak tau je dgn dia..sampai dia rasa bengang..persiapan dah buat tapi keputusan dari pihak lelaki takde lagi..simpati aku dengar cerita dia..Semoga dia bertemu dengan orang yang benar2 sayangkan dia..

Esok apalah yang akan menanti aku??Tak sabar nak tunggu hari esok...

Tuesday, April 20, 2010

INDIVIDU BERJAWATAN BESAR KURANG BERADAB...

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketara elemen kurang beradab sehingga tercetusnya kelakuan tidak beradat dalam masyarakat termasuk di kalangan mereka berjawatan besar, penting dan memiliki kelayakan profesional.

Baginda bertitah, lebih memalukan apabila perbuatan kurang beradab itu bukan berlaku di tepi jalan atau di pasar, tetapi turut berlaku di tempat-tempat yang sepatutnya mencerminkan ketertiban yang tinggi dan kehalusan budi.

“Ia bukan lagi dicerminkan melalui perangai dan tingkah laku anak-anak yang belum mencapai usia baligh, tetapi lebih memalukan kerana ia dilakukan oleh insan dewasa berjawatan besar, penting, berkelulusan tinggi dan berkelayakan profesional.

“Bagaimanakah rupa bentuk negara bangsa yang akan terbina nanti jika elemen adab dan adat sudah tidak lagi ada di kalangan warganya. Adakah lengkap ukuran sebuah negara maju, sebuah negara kaya, jika warganya mundur dengan adab dan miskin dengan adat,” titahnya.

Raja Nazrin bertitah, adab berperanan besar dalam membentuk sebuah masyarakat dan membina negara bangsa yang stabil dan makmur kerana ia dikaitkan dengan pendidikan manusia yang luhur.

Titahnya, adab merangkumi elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih sayang, sifat menghormati ibu bapa, guru, orang berilmu, orang tua, kanak-kanak, jiran tetangga dan pemimpin selain adab terhadap alam semula jadi, bahasa dan budaya yang tidak harus dicemari.

Baginda bertitah, adab itu sewajibnya memperlihatkan keadilan, mencerminkan hikmah serta mempertahankan hak dari segi realiti dan kebenaran dan penentu kepada jatuh bangunnya pemimpin, bangsa dan negara.

Raja Nazrin bertitah, adab memperingatkan manusia bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor kuasa, kekayaan atau keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria yang terkandung dalam al-Quran dari segi pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.

“Justeru, apabila kuasa dan sumber diuruskan oleh individu yang tidak memahami idea induk, akan berlakulah penyalahgunaan kuasa dan pembaziran sumber, diikuti suasana kekeliruan intelek dan kekeliruan moral.

“Salah urus sumber juga mengakibatkan berlakunya kemiskinan yang berpanjangan dan kemusnahan institusi penting,” titahnya.

Baginda bertitah, peranan Raja-Raja Melayu amat besar dalam menentukan rupa bentuk warga, menetapkan identiti negara bangsa serta berperanan dan berpengaruh dalam menyebar dan menerapkan ajaran Islam khususnya di kalangan warga berketurunan Melayu.

Sekian,
MaFaT

Saturday, April 17, 2010

Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


Warkah ini saya terima dari sahabat saya. marilah kita sebagai saudara sesama ISLAM bantu bayi dan ibu bayi ini dengan apa yang kita semua mampu...HARI INI ALLAH MENGUJI DIA BANTULAH DIA....


Sekian,

MaFaT

Tuesday, February 23, 2010

Usia = Masa...

Usia adalah umpama alat untuk mengukur darjah keupayaan serta kecergasan dan kematangan seseorang yang bergelar manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Manakala masa pula, adalah penentu hari yang mendatang.

Sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini. Kita sering menggunakan masa untuk aktiviti seharian. Untuk menunaikan solat 5 waktu kita perlukan masa. Kalau tidak bagaimana hendak tahu masuknya waktu solat. Pergi kelas, kerja, mandi, membasuh, membuang, dating, makan dan sebagainya juga perlukan masa.

Sebab itulah di zaman serba moden dan maju kini, hampir semua orang memakai jam tangan, menggunakan jam pada telefon bimbit bagi mengtahui masa. Jika dikaitkan dengan peribahasa melayu, usia dan masa ini samalah seperti isi dengan kuku, aur dengan tebing.

Hari ini masa berputar dan berlalu sangat pantas cepat dan laju tanpa kita sedari. Apabila masa bergerak pantas dan laju maka, usia juga sama meningkat. Keupayaan semakin berkurangan. Daya ingatan menjadi luntur.

Hari ada 7. Bulan ada 12. Tahun sahaja yang tak tahu ada berapa. Bagi mereka yang masih rasakan masa berlalu seperti biasa bangunlah.

Usia dan masa kawan karib. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Tidak pernah masa dan usia menunggu kita. Yang menunggu kita adalah ajal dan maut, liang lahat, hari kiamat.

Hari ini bangga kerana usia masih muda. Jangan terlalu ego dan cepat merasa bangga. Usia muda harus dinikmati kerana bila hari tua sudah tiada masa untuk bersukaria (kata orang muda zaman 2010). Usia muda ni lah kamu perlu beribadat kerana tubuh badan masih tegap, kuat dan cergas(itu kata alim ulama). Anda di dalam golongan yang mana? Tepuk dada tanyalah hati.

Renungkanlah bersama agar kita semua sentiasa beringat.
(Hidup perlu ingat Tuhan, kena selalu beringat, selalulah ingat mengingat)

Monday, January 4, 2010

Lumrah Dunia

Ada sebuah cerita di dalam satu kisah. Tak pastilah genre cerita ini. Hari ni dah masuk bulan Januari 2010. Dah masuk bulan kedua aku bekerja di Penco, sebuah syarikat percetakan yang agak terkenal juga di kawasan sekitar Pulau Pinang.

Terasa sunyi pula bila berjauhan dengan keluarga tersayang. Bila agaknya aku nak pulang menghabiskan masa bersama keluarga. Mungkin pada cuti panjang sempena tahun baru cina aku akan pulang. Dapatlah bersama ibu dan bapa tersayang.

Jauh di sudut hati ini timbul satu persoalan yang terungkai. Siapakah aku sekarang ni? Apakah ini balasan Tuhan terhadap dosa-dosa aku selama ini? Jika ini lah ujian dari Mu ya ALLAH, aku sebagai hamba terima seadanya.

Pernahkah kita semua menonton sebuah cerita. Di mana Ada seorang yang menjadi pemimpin atau ketua kepada sebuah organisasi. Dia sangat disayangi oleh anak buah nya (mungkin). Selama 1 tempoh yang agak lama juga dia bersama anak buahnya. Tapi sampai satu masa dia terpaksa pergi meninggalkan anak buahnya.

Dia pergi tanpa sebarang nota untuk anak buahnya. Ternyata dia sebenarnya bukan tidak mahu memberitahu anak buahnya akan pemergiannya itu. Tetapi dia lakukan ini semua kerana tidak sanggup melihat anak buahnya sedih kerana pemergiannya itu bukanlah hanya seketika. Tapi untuk suatu jangka masa yang lama.

Setelah pemergiannya anak buahnya mendapat pengganti yang baru. Mereka sudah sebati dengan pengganti yang baru itu. Tiba-tiba setelah 2 bulan pemergian dia, kini dia kembali semula untuk menemui anak buahnya. Semua ini dilakukan kerana dia rindukan anak buahnya dan sayangkan mereka.

Maka kembalilah dia, namun sekembalinya dia di tempat lama sebenarnya bukanlah membawa khabar gembira. Sebaliknya menduka larakan hatinya. Mana tidaknya, anak didik yang di jaga selama ini melayan dia seperti seorang yang sangat asing. Mungkin kerana telah lama dia meninggalkan anak buahnya kini kasih sayang terhadap dia sudah berkurangan atau mungkin sudah tiada lagi. Dia terasa seperti menagih kasih sayang anak buahnya. Namun tiada siapa yang tahu yang kehadirannya itu kerana sayangnya dia kepada anak buahnya.

Mungkin ini adalah balasan kepada dia kerana pergi tanpa memberitahu anak buahnya. Oleh kerana dia kecewa dengan sikap anak buahnya itu. Dia sangat sedih dan berasa kehadirannya untuk bersama dengan anak buahnya itu satu usaha yang sia-sia.

Mungkin dia perlu kembali ke tempat asal dia berada iaitu di tempat lain..

(Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa)