Wednesday, October 20, 2010

20 Oktober 2010

Harini 20 Oktober 2010.. Ramai yang kata tarikh ni cantik sebab jika di amati baik-baik dan di tulis begini 20102010 sangat unik. Bukan senang jumpa tarikh macam ni. Tapi ini hanya tarikh masihi.

Hari ini seperti biasa, bangun tidur solat subuh, mentelaah seketika sambil membaca berita online. Semakin hari hati aku semakin tak tenang kerana merasakan persiapan untuk aku hadapi sesuatu yang besar dalam hidup aku masih di tahap yang tidak memuaskan. Aku cuba untuk mencari ketenangan dan perlahan-lahan menghafal perkara-perkara penting untuk di bawa sebagai bekalan untuk event itu nanti.

Hari ini dah 20 hari berada di bulan 10, hanya tinggal tak kurang daripada 12 hari sahaja lagi untuk aku hadapi benda tu. Ramai kawan-kawan dan rakan-rakan aku tanya tips dan juga soalan spot yang selalu di tanya. Aku juga bertanyakan bagaimana cara untuk menjawab yang terbaik bagi menyelamatkan diri dalam satu-satu situasi.

Alhamdulillah Aku dapat petua dan banyak soalan yang berkemungkinan di tanya. Syukur ada insan yang mahu berkongsi dengan aku.

Hari ni balik dari kerja aku pergi latihan PSSTLDM. Sepanjang aku hadir aku hanya menyiapkan arahan pentadbiran bagi ACT kadet dan juga perkhemahan yang bakal diadakan disember ini.

Walaupun hati tak tenang tetapi aku tidak sabar untuk memulakan karier sebagai seorang pegawai di dalam badan beruniform yang paling gah di Malaysia. Aku berdoa dan memohon dari Tuhan yang maha Agung agar memberi peluang ke atas diri ku untuk lulus dan menabur bakti dan jasa demi agama tanah air dan bangsa..

InsyaALLAH, jika lulus sahaja temuduga tu nanti aku berniat untuk masuk meminang seorang gadis yang cukup aku sayangi dan tak pernah lekang kasih sayang ku terhadap dirinya.

Aku akan lakukan yang terbaik demi masa depan ku...

No comments: