Tuesday, February 22, 2011

23 Februari 2011

Assalamualaikum pembuka bicara..

Hari ini merupakan hari Rabu bersamaan dengan 23 Februari 2011. Bermakna hanya tinggal 5 hari sahaja lagi untuk diri ku pergi. 1 Mac 2011 merupakan titik permulaan kepada diriku. Aku akan bergelar seorang penjawat awam di bawah Kementerian Dalam Negeri pula selepas ini. Berkat doa yang tidak henti oleh kedua ibu bapa dan juga para sahabat, aku berjaya memperoleh kerja kerajaan yang aku idamkan selama ini.

Masa begitu pantas berlalu sehingga aku tidak sedar bahawa sudah hampir 6 tahun aku berada di Pulau Pinang. Tiga tahun menjadi mahasiswa dan 3 tahun aku bekerja. Namun duit simpanan masih belum mencukupi untuk membina rumah tangga bersama si dia. Di waktu ini ramai yang sibuk membuat persiapan untuk latihan asas berkenaan, termasuklah aku sendiri.

Inilah yang aku tunggu. Inilah yang aku nantikan. Ini jugalah yang aku idamkan selama 3 tahun di sini. Berkat kesabaran akhirnya ALLAH SWT telah membuka dan mengurniakan rezeki kepada ku seperti mana yang telah dijanjikan. Benar kata para sahabat ku. Sabar dan terus menanti kerana ada hikmah di sebalik tiap-tiap kejadian dan dugaan yang ALLAH SWT turunkan itu. Inilah hikmah untuk diriku. Aku bersyukur kerana mendapat kerja kerajaan yang bekal menjamin masa depan aku dan juga keluarga.

Bermulalah segala perancangan yang aku rancangan selama ini. ALLAH SWT bukan sahaja mengurniakan aku rezeki, malah aku terima seorang gadis sebagai jodoh ku. Ini yang dikatakan pakej 2 dalam 1. Walaupun aku peroleh semua yang aku mohon, tak bermakna aku boleh bangga diri dan riak. Aku ambil ini semua sebagai tanggungjawab yang besar bukan kuasa untuk aku berlagak. Aku anggap ini juga adalah ujian dari ALLAH SWT. Aku sering beringat dan senantiasa bersyukur ke hadratNya.

Buat umi dan abah yang di kasihi, anak mu berterima kasih sangat-sangat kerana melahirkan Fazli di dunia ini. Menjaga Fazli sehingga kini. Jasa bakti serta kasih sayang umi dan abah akan Fazli balas sehingga akhir hayat Fazli. Terima kasih juga kerana berdoa dan terus berdoa untuk kejayaan anak-anak mu. InsyaALLAH jika ada rezeki kita laksanakan rukun ISLAM yang ke 5.

Kepada para sabahat yang pernah aku lukai, gurisi, kutuk, maki, marah dan sebagainya ku mohon jutaan kemaafan kepada kalian. Iringan doa kalian menambahkan lagi keberkatan ke atas diriku. InysaALLAH, nama anda semua dan kenangan selama kita bersama akan ku simpan di dalam album kenang-kenangan yang tersemat di dalam hati ku ini.

Buat Syedatul Salmah, terima kasih kerana sudi mengenali dan dikenali. Terima kasih kerana sudi mencurahkan kasih sayang sebagai seorang kekasih dan hadir dalam diri ku tatkala aku memerlukan seorang bidadari yang boleh manjaga ku dan zuriatku. Sokongan ayang, abang hargai. Nasihat ayang abang cuba terima. Teguran ayang akan abang jadikan pedoman. Tak lama lagi kita akan bertunang. Selamat bertunang, jagalah maruah diri dan keluarga. Andai terjadinya sesuatu yang tidak baik, anggaplah ia sebagai ujian dan dugaan dari yang Esa.

1 Mac 2011 nanti aku akan bersara dan ditamatkan perkhidmatan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM dan bermulalah kerjaya ku sebagai Pelatih Inspektor Polis Diraja Malaysia. Latihan yang akan aku jalani bertempat di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) Jalan Semarak. Latihan disana akan aku harungi bersama teman-teman baru selama 9 bulan. Doakanlah aku selamat, tabah, kuat dan berjaya mengharungi cabaran ini nanti.

Kepada anak-anak buah ku PALAPES LAUT USM, saya sayang anda semua. Jaga diri baik-baik, belajar rajin-rajin, berdoa, tinggalkan perkara yang lagha dan jangan tinggal solat. Ingatlah jasa ibu dan bapa serta pengorbanan mereka selama mana anda wujud di dunia ini.

Sekian,

Lt M (B) Meor Ahmad Fazli Azwan bin Tupandi PSSTLDM
PIT Meor Ahmad Fazli Azwan bin Tupandi PDRM