Thursday, October 14, 2010

14 Oktober 2010

Hari ni merupakan hari khamis. Aku dah dapat merungkai segala ketidakjujuran seseorang insan. Tapi sangat malang kerana orang itu tidak mahu mengaku sendiri di hadapan ku akan kesalahan yang beliau lakukan itu.Memang jika mengaku secara negatifnya orang itu akan dimarahi.Tetapi manakah yang lebih elok samada dimarahi atau merahsiakan sahaja perkara itu..

Sedangkan orang yang di tipunya itu sudah mengetahui hampir 80% taktik dan modus operandi yang beliau gunakan. Tuhan suka dan manusia akan suka pada orang yang jujur dan sedar akan kesalahan yang dilakukan.Jika dimarahi pun bukanlah orang itu akan marah selama-lamanya.Tetapi kemarahan itu kadang-kala boleh bertukar menjadi dendam kesumat seandainya orang yang menipu dan mengkhianat itu kantoi di depan mata.

Peribahasa melayu pernah mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.Jika kita jujur orang akan memaafkan kita.Tetapi jika sebaliknya kita akn dicemuh masyarakat dan orang sekeliling.Sehingga boleh menyebabkan kehilangan kawan, sahabat dan ahli keluarga.

MEngapa perlu takut untuk menceritakan kebenaran?Ingatlah walaupun manusia tidak nampak tetapi ALLAH SWT Maha Mengetahui segala-galanya..

Semoga ALLAH tunjukkan pada ku kebenaran yang hakiki dan buka pintu hati orang itu supaya jujur kepada semua pihak.

4 comments:

@iN mArHaiNi said...

tupai tu dh jatuh kat tanah mane tuan? tanah besar ke tanah merah? hehe..

Meor Ahmad Fazli Azwan Bin Tupandi said...

rupanya tupai tu tak bersalah..hanya masyarakat sekeliling dia yg slh fhm..

@iN mArHaiNi said...

owhh..xp2..mst ad hikmah dsebaliknye tu..huhu

Meor Ahmad Fazli Azwan Bin Tupandi said...

mmg ade hikmah pun..syukur ke hadrat Illahi..