Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketara elemen kurang beradab sehingga tercetusnya kelakuan tidak beradat dalam masyarakat termasuk di kalangan mereka berjawatan besar, penting dan memiliki kelayakan profesional.
Baginda bertitah, lebih memalukan apabila perbuatan kurang beradab itu bukan berlaku di tepi jalan atau di pasar, tetapi turut berlaku di tempat-tempat yang sepatutnya mencerminkan ketertiban yang tinggi dan kehalusan budi.
“Ia bukan lagi dicerminkan melalui perangai dan tingkah laku anak-anak yang belum mencapai usia baligh, tetapi lebih memalukan kerana ia dilakukan oleh insan dewasa berjawatan besar, penting, berkelulusan tinggi dan berkelayakan profesional.
“Bagaimanakah rupa bentuk negara bangsa yang akan terbina nanti jika elemen adab dan adat sudah tidak lagi ada di kalangan warganya. Adakah lengkap ukuran sebuah negara maju, sebuah negara kaya, jika warganya mundur dengan adab dan miskin dengan adat,” titahnya.
Raja Nazrin bertitah, adab berperanan besar dalam membentuk sebuah masyarakat dan membina negara bangsa yang stabil dan makmur kerana ia dikaitkan dengan pendidikan manusia yang luhur.
Titahnya, adab merangkumi elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih sayang, sifat menghormati ibu bapa, guru, orang berilmu, orang tua, kanak-kanak, jiran tetangga dan pemimpin selain adab terhadap alam semula jadi, bahasa dan budaya yang tidak harus dicemari.
Baginda bertitah, adab itu sewajibnya memperlihatkan keadilan, mencerminkan hikmah serta mempertahankan hak dari segi realiti dan kebenaran dan penentu kepada jatuh bangunnya pemimpin, bangsa dan negara.
Raja Nazrin bertitah, adab memperingatkan manusia bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor kuasa, kekayaan atau keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria yang terkandung dalam al-Quran dari segi pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.
“Justeru, apabila kuasa dan sumber diuruskan oleh individu yang tidak memahami idea induk, akan berlakulah penyalahgunaan kuasa dan pembaziran sumber, diikuti suasana kekeliruan intelek dan kekeliruan moral.
“Salah urus sumber juga mengakibatkan berlakunya kemiskinan yang berpanjangan dan kemusnahan institusi penting,” titahnya.
Baginda bertitah, peranan Raja-Raja Melayu amat besar dalam menentukan rupa bentuk warga, menetapkan identiti negara bangsa serta berperanan dan berpengaruh dalam menyebar dan menerapkan ajaran Islam khususnya di kalangan warga berketurunan Melayu.
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawaanak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahadsebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
Warkah ini saya terima dari sahabat saya. marilah kita sebagai saudara sesama ISLAM bantu bayi dan ibu bayi ini dengan apa yang kita semua mampu...HARI INI ALLAH MENGUJI DIA BANTULAH DIA....
Usia adalah umpama alat untuk mengukur darjah keupayaan serta kecergasan dan kematangan seseorang yang bergelar manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Manakala masa pula, adalah penentu hari yang mendatang.
Sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini. Kita sering menggunakan masa untuk aktiviti seharian. Untuk menunaikan solat 5 waktu kita perlukan masa. Kalau tidak bagaimana hendak tahu masuknya waktu solat. Pergi kelas, kerja, mandi, membasuh, membuang, dating, makan dan sebagainya juga perlukan masa.
Sebab itulah di zaman serba moden dan maju kini, hampir semua orang memakai jam tangan, menggunakan jam pada telefon bimbit bagi mengtahui masa. Jika dikaitkan dengan peribahasa melayu, usia dan masa ini samalah seperti isi dengan kuku, aur dengan tebing.
Hari ini masa berputar dan berlalu sangat pantas cepat dan laju tanpa kita sedari. Apabila masa bergerak pantas dan laju maka, usia juga sama meningkat. Keupayaan semakin berkurangan. Daya ingatan menjadi luntur.
Hari ada 7. Bulan ada 12. Tahun sahaja yang tak tahu ada berapa. Bagi mereka yang masih rasakan masa berlalu seperti biasa bangunlah.
Usia dan masa kawan karib. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Tidak pernah masa dan usia menunggu kita. Yang menunggu kita adalah ajal dan maut, liang lahat, hari kiamat.
Hari ini bangga kerana usia masih muda. Jangan terlalu ego dan cepat merasa bangga. Usia muda harus dinikmati kerana bila hari tua sudah tiada masa untuk bersukaria (kata orang muda zaman 2010). Usia muda ni lah kamu perlu beribadat kerana tubuh badan masih tegap, kuat dan cergas(itu kata alim ulama). Anda di dalam golongan yang mana? Tepuk dada tanyalah hati.
Renungkanlah bersama agar kita semua sentiasa beringat. (Hidup perlu ingat Tuhan, kena selalu beringat, selalulah ingat mengingat)
Ada sebuah cerita di dalam satu kisah. Tak pastilah genre cerita ini. Hari ni dah masuk bulan Januari 2010. Dah masuk bulan kedua aku bekerja di Penco, sebuah syarikat percetakan yang agak terkenal juga di kawasan sekitar Pulau Pinang.
Terasa sunyi pula bila berjauhan dengan keluarga tersayang. Bila agaknya aku nak pulang menghabiskan masa bersama keluarga. Mungkin pada cuti panjang sempena tahun baru cina aku akan pulang. Dapatlah bersama ibu dan bapa tersayang.
Jauh di sudut hati ini timbul satu persoalan yang terungkai. Siapakah aku sekarang ni? Apakah ini balasan Tuhan terhadap dosa-dosa aku selama ini? Jika ini lah ujian dari Mu ya ALLAH, aku sebagai hamba terima seadanya.
Pernahkah kita semua menonton sebuah cerita. Di mana Ada seorang yang menjadi pemimpin atau ketua kepada sebuah organisasi. Dia sangat disayangi oleh anak buah nya (mungkin). Selama 1 tempoh yang agak lama juga dia bersama anak buahnya. Tapi sampai satu masa dia terpaksa pergi meninggalkan anak buahnya.
Dia pergi tanpa sebarang nota untuk anak buahnya. Ternyata dia sebenarnya bukan tidak mahu memberitahu anak buahnya akan pemergiannya itu. Tetapi dia lakukan ini semua kerana tidak sanggup melihat anak buahnya sedih kerana pemergiannya itu bukanlah hanya seketika. Tapi untuk suatu jangka masa yang lama.
Setelah pemergiannya anak buahnya mendapat pengganti yang baru. Mereka sudah sebati dengan pengganti yang baru itu. Tiba-tiba setelah 2 bulan pemergian dia, kini dia kembali semula untuk menemui anak buahnya. Semua ini dilakukan kerana dia rindukan anak buahnya dan sayangkan mereka.
Maka kembalilah dia, namun sekembalinya dia di tempat lama sebenarnya bukanlah membawa khabar gembira. Sebaliknya menduka larakan hatinya. Mana tidaknya, anak didik yang di jaga selama ini melayan dia seperti seorang yang sangat asing. Mungkin kerana telah lama dia meninggalkan anak buahnya kini kasih sayang terhadap dia sudah berkurangan atau mungkin sudah tiada lagi. Dia terasa seperti menagih kasih sayang anak buahnya. Namun tiada siapa yang tahu yang kehadirannya itu kerana sayangnya dia kepada anak buahnya.
Mungkin ini adalah balasan kepada dia kerana pergi tanpa memberitahu anak buahnya. Oleh kerana dia kecewa dengan sikap anak buahnya itu. Dia sangat sedih dan berasa kehadirannya untuk bersama dengan anak buahnya itu satu usaha yang sia-sia.
Mungkin dia perlu kembali ke tempat asal dia berada iaitu di tempat lain..
(Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa)
Bila sebut hari bersejarah je mesti ramai orang fikir tentang perkahwinan, dapat anak, jumpa teman hidup dan sebagainya. Tapi bukan itu bagi aku. Tanggal 21 Dis 09 adalah titik permulaan karier aku sebagai pekerja Penco Sdn Bhd. Sebab aku telah berjumpa dengan my bos. Selama perjumpaan tu kami berbual tentang apa rancangan masa depan aku dan rancangan boa aku untuk aku. Bos aku dah rancang untuk bagi aku jadi pembantu kepada seorang pekerja di sana sebagai orang kedua yang bertanggungjawab untuk mentadbir mesin printer dan sekaligus menjaga output permintaan pelanggan. Alangkah terkejutnya aku bila bos aku menyatakan tentang apakah yang syarikat tu buat. Bos aku juga bagi tahu siapa pelanggan syarikat itu. Memang agak memeranjatkan bila mendapat tahu yang aku bekerja di syarikat yang membuat design untuk pelbagai hotel dan juga restoran yang agak eksklusif. Aku tak pernah sangka pun yang itu adalah sebahagian besar projek syarikat ini. Bila mengenangkan kembali tentang apa yang bos aku kata. Rasa sayang pula nak cari kerja lain. Bukan sebab gaji yang bakal aku dapat, tapi pengalaman serta ilmu yang bakal aku peroleh selama aku bekerja di situ. Memang syarikat ini menawarkan aku pelbagai yang menarik. Tapi sayang sebab aku kena pergi temuduga guru sandaran tak terlatih. Jadi bos aku kata kenalah buat pilihan sebab tak mahu mana-mana pihak rugi. Bukan senang nak dapat bekerja dengan syarikat besar yang stabil. Aku punya impian untuk berkeluarga dan memiliki rumah dan kereta di masa akan datang. Jadi aku dah fikir yang aku rasa aku pilih untuk teruskan karier sebagai designer. Rugi kalau aku tinggalkan bidang ini kerana aku dah habiskan usia aku selama 3 tahun untuk menuntut ilmu di USM untuk dapatkan sekeping kertas yang dipanggil IJAZAH SARJANA MUDA. Ilmu yang aku dapat semasa belajar tak sama dengan apa yang aku peroleh semasa mula bekerja sebagai designer sejak dari syarikat lama lagi. Apa yang aku hajatkan dan doa selama ini ALLAH telah makbulkan. Syukur Alhamdulillah. Nak dapat kerja di Penang, nak dapat suasana kerja yang terbaik, nak dapat bos yang caring dan nak dapat belajar sesuatu yang baru. Mungkinkah ini kemanisan di dalam kepahitan yang aku lalui selama setahun lebih aku menjadi pegawai koordinasi? Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Apa pun aku akan pergi temuduga tu khamis ni dan lepas tu barulah aku buat pilihan. Kalau nak tahu bos aku ladies. Muda dan bersemangat. Wajah dia saling tak tumpah macam pelakon Awan Dania, Scha Alyahya. Tu yang seronok bila jumpa dia. hehe...
Hari ini tanggal 6 disember 2009. Maka meningkatlah umur aku menjadi 23 tahun. Semakin hari umur semakin meningkat dan setiap tahun umur meningkat. Kita perlu berazam supaya setiap peningkatan itu menjadikan dan mengubah diri kita dan menjadi individu yang seiring dengan umur kita. Pemikiran harus lebih matang dan rasional. Syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih bernafas untuk meneruskan kehidupan di alam yang fana ini. Hari ni ulangtahun kelahiran aku, tapi sayang dah tak ramai yang ingatkan ulangtahun kelahiran aku ni. Walaupun harini aku bagi dorang cuti. Hehe. Tak mengapa mungkin ini takdir dan ketentuan Illahi. Hari lahir seseorang sebenarnya lebih bermakna jika orang yang mengenali sekadar mengucapkannya. Tak semestinya kena bagi hadiah. Walaupun rakan-rakan lama ada 2 3 orang saja yang ucapkan tak mengapa. Yang penting UMI, ABAH, dan adik beradik aku ucapkan kepada aku. Itu pun sudah cukup untuk membuat hari lahir aku ni bermakna. Benarlah kata pepatah habis madu sepah yang menang raja lawak. Seseorang itu dikenang kerana kedudukan dan apa yang dilakukan. Bukan kerana keikhlasannya. Kawan gelak ketawa tepi jalan boleh cari, tapi kawan menangis dan sedih sukar dicari. Itulah perbezaan antara rakan, kawan dan sahabat. Apa pun lepas ni aku akan menjadi tua bukan muda. Jadi kehidupan ini perlu dinikmati hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir... Selamat Hari Lahir MAFAT...